Thursday, 6 December 2012

Panas yang tidak berpanjangan...



Aku sudah hampir tiba ke noktah yang terakhir dalam penghasilan cerpenku. Segala puji dan puja aku panjatkan kepada Ar- Rahman kerana memberikan aku ilham yang tidak putus- putus. Aku mengambil inisiatif untuk membaca semula hasil penulisanku. Belum sempat aku hendak bersorak di atas kejayaanku kerana berjaya menyiapkan cerpen eksperimentalku ini, aku berjaya mengenal pasti bahawa terdapat kejanggalan ayat di dalam pengolahanku. Kejanggalan yang bisa merosakkan mesej yang cuba aku sampaikan kepada para penggemar karya penulisan. Kegembiraanku serta- merta dipagut pilu. Ilahi Ya Rabbi... beratnya ujian yang Kau berikan padaku. Dengan perlahan, dengan linangan air mata yang cuba kutahan, berdikit- dikit aku memadam hasil penulisanku. Aku percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi kepadaku. Aku serahkan segala urusanku kepada Dia Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Aku percaya hasil karya aku selepas ini akan lebih baik berbanding hari ini... Berikanlah aku kekuatan untuk bermula semula Ya Allah...


2 comments:

  1. bersabarlah saudari..usah mengeluh..usah berdukacita.kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.segala rahsia itu milik-Nya.Yakinlah bahawasanya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu..jangan mengalah.teruskan usaha ya..:)

    ReplyDelete