Panas yang tidak berpanjangan...
Aku sudah hampir tiba ke noktah yang terakhir
dalam penghasilan cerpenku. Segala puji dan puja aku panjatkan kepada Ar-
Rahman kerana memberikan aku ilham yang tidak putus- putus. Aku mengambil
inisiatif untuk membaca semula hasil penulisanku. Belum sempat aku hendak
bersorak di atas kejayaanku kerana berjaya menyiapkan cerpen eksperimentalku
ini, aku berjaya mengenal pasti bahawa terdapat kejanggalan ayat di dalam
pengolahanku. Kejanggalan yang bisa merosakkan mesej yang cuba
aku sampaikan kepada para penggemar karya penulisan. Kegembiraanku serta- merta
dipagut pilu. Ilahi Ya Rabbi... beratnya ujian yang Kau berikan padaku. Dengan perlahan,
dengan linangan air mata yang cuba kutahan, berdikit- dikit aku memadam hasil
penulisanku. Aku percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi kepadaku. Aku serahkan
segala urusanku kepada Dia Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Aku percaya
hasil karya aku selepas ini akan lebih baik berbanding hari ini... Berikanlah aku kekuatan untuk bermula semula Ya Allah...

bersabarlah saudari..usah mengeluh..usah berdukacita.kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.segala rahsia itu milik-Nya.Yakinlah bahawasanya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu..jangan mengalah.teruskan usaha ya..:)
ReplyDeleteLa tahzan.. :)
ReplyDelete