Kebelakangan ini, aku sukar memahami diri. Aku sukar mencari diri. Aku tenggelam dalam identiti hakiki. Rasa itu hadir melambai membelai hati supaya mengharap sesuatu yang tidak ketahuan. Keliru. Kosong. Aku tanpa Dia rasa gelap sekali. Diri ini rasa di awangan. Terbang lolos tanpa ikatan Dia. Jadi aku menulis untuk mengurai maksud di jiwa. Penulisan itu lebih daripada jari dan pena sahaja. Penulisan itu bisa mencari semula yang lenyap. Penulisan itu pada hakikatnya banyak sekali membantu aku mengenali hati sendiri. Kerana, apa yang ditulis itulah menggambarkan apa yang ada di jiwa. Kini, diri ini bangkit. Tak menyesal aku menimba ilmu penulisan ini. Dengan menulis aku bisa membina kekuatan diri. Dengannya, aku bisa mengembalikan kejituan paradigma insani. Aku bisa tersenyum mengukir mimpi-mimpi yang indah sekali melalui penulisan. Mengurai segala kekosongan. Mencanai semangat untuk hidup dengan gembira. Memproksikan penulisan sebagai medium topup pahala adalah sesuatu yang boleh membantu aku di sana. Aku mati bila-bila, tetapi penulisan itu akan terus hidup :)
PECUTAN TERAKHIR MENYIAPKAN CERPEN EKSPERIMENTAL.. AKAN KU GARAP SEBANYAK MUNGKIN ILHAM YANG TELAH TERCETUS DARI ILUSI MINDAKU. TUHAN,, JADIKAN SETIAP JARI-JARI KECILKU YANG MENEKAN PUNAT-PUNAT KECIL DI PAPAN KEKUNCI KOMPUTER RIBAKU INI SEBAGAI SUATU IBADAH..

ayuh pecut.. tapi usah tergesa- gesa..biarkan pecutan itu sebagai pecutan yang bijak.. :)
ReplyDeleteterima kasih atas nasihatnya itu.
ReplyDeleteInsya allah.. :)