TINTA PERJALANANKU
inspirasi ilham dari anugerah Allah untuk dikongsikan bersama..tulus dari lensa hatiku..
Saturday, 15 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
hujan oh hujan..
Oh hujan, engkaulah sebaik-baik rahmat daripada yang Maha Esa, tapi kenapa selalu manusia tidak bersyukur dengan kehadiranmu??? Mereka selalu mengeluh merasakan kehadiranmu membawa musibah bagi mereka, walhal kamu turun adalah untuk memberi kehidupan kepada mereka.
Oh hujan, tanpamu rasanya pokok-pokok tidak akan tumbuh dengan suburnya, tanpamu rasanya hidupan tidak akan hidup seadanya, tapi kenapa manusia tidak nampak semua itu. Ayat yang patut keluar dari mulut mereka adalah kesyukuran terhadap yang Maha Esa kerana mengarahkan kamu turun ke dunia.
Tapi yang selalunya keluar dari mulut manusia adalah keluh kesah "susah mau berniagalah macamni"..."tak dapatlah main bola petang ni"..."aduh hujan pula"... inilah ayat-ayat yang biasa kedengaran bila hujan turun sehingga tidak nampak akan rahmat yang dianugerahkan kepada kita manusia.
Seharusnya kita semua menadah tangan bersyukur kepadaNya kerana menganugerahkan rahmat ini kepada kita, kalaulah Allah S.W.T menarik balik rahmat ini rasanya mati kita semua kan???
Saturday, 8 December 2012
Yang
Terakhir...
Usah gusar... usah khuatir... inilah penceritaan
terakhir saya mengenai proses penulisan saya dalam menghasilkan sebuah karya penulisan
yang bercirikan eksperimental. Cerpen itu hingga ke hari ini masih lagi di
dalam proses untuk disiapkan. Sentuhan terakhir akan saya berikan kepada karya
saya untuk memastikan ianya seakan- akan ‘bernyawa’. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka
yang setia menjadi pengunjung blog saya. Tiada kata yang dapat saya gunakan
untuk menggambarkan kegembiraan saya sepanjang menulis blog ini. Semuanya kerana
sokongan dan dorongan yang tidak putus- putus daripada kalian.
Harapan saya ialah, semoga setiap coretan dan luahan
yang saya lakarkan di dalam blog ini menepati kehendak kursus SKMM 2083
(Penulisan Kreatif). Jasa baik dan tunjuk ajar daripada Dr. Mawar tidak akan
pernah saya lupakan.
Friday, 7 December 2012
obor, lilin dan matahari
Seorang pendidik.. Macam-macam perumpamaan yang dirujuk kepada seorang pendidik. Ada yang kata guru macam lilin, macam obor dan ada juga yang kata guru itu macam matahari. Apa pun perumpamaannya, semuanya membawa kepada maksud yang sama iaitu menerangi. Mereka menerangi seluruh alam dengan ilmu dan hikmah yang mereka tebarkan. Samada si penerima suka atau tak suka, guru tetap dengan tugasnya. Tak pernah sekali berundur mahupun kecewa di tengah jalan. Namun begitu, saya terkesan dengan kuliah kelmarin. Lantas saya memikirkan rasionalnya mengapa seorang guru diumpamakan seperti matahari. Dalam konteks pencahayaan, matahari dilihat lebih berkuasa. Pencahayaannya lebih luas berbanding lilin mahupun obor. Tanpa jemu, tanpa lemah, akur dengan perintah.. terus menerus menerangi alam sehinggalah hari kiamat. Berbanding dengan lilin dan obor yang akan padam bila habis bahan bakarnya.
Maksud di sebaliknya yang dapat saya temui, pendidik memang patut menjadi seperti matahari. Agar ilmu yang diajarkan itu meliputi seluruh kelas sama seperti matahari yang menyinari seluruh alam. Jika hanya seperti lilin dan obor yang menerangi dengan cahaya yang terhad, seolah-olahnya mereka mendidik tetapi ilmu tersebut tidak sampai ke seluruh pelajar di dalam kelas.
aku selalu bermimpi
matahari telah melahirkan para guru
dan guru telah melahirkan banyak matahari
hingga matahari tak lagi sendiri
matahari tak pernah sendiri
ia selalu ada bersamamu
hangat cinta yang tumbuh
dan menyinari cakrawala kecilku
selalu
cantik itu indah
Lumrah manusia memang di jadikan untuk menyukai dan menginginkan sesuatu yang cantik. Tidak kiralah dalam apa bentuk nikmat sekalipun, pasti mereka inginkan yang cantik-cantik dan indah-indah. Melihat sahaja sesuatu yang cantik, dengan spontan pasti terpegun dengan ciptaan Illahi. Masya Allah, sedang tangan saya bertinta menaip setiap butir-butir bicara dari hati, tetapi otak saya, akal saya sentiasa fikirkan perkara-perkara indah yang diciptakan Tuhan.. Allah, aku tersenyum sendirian. Indahnya ciptaanMu Tuhan..
Sedang saya tersenyum sendirian itu, otak saya ligat teringat akan gambar yang telah saya lihat tadi, Masya Allah, Subhanallah, cantiknya.. Tidak terungkap dengan kata-kata. Indahnya Ciptaan Allah, Hati yang gusar boleh jadi tenang. Apabila kita lihat pada keindahan Alam, maka kita akan ingat pada ALLAH S.W.T kan? Sekaligus bibir ini automatik akan segera memujiNya. Alhamdulillah.. Sebenarnya saya baharu melihat gambar-gambar Masjid Putrajaya dan kawasan sekitarnya sebentar tadi. Sangat indah panorama di sana. Lebih-lebih lagi pemandangan pada waktu malam. Melihat masjidnya yang indah, tasik yang tenang, senibina bangunan sekitarnya yang berseni, kawasan yang bersih disirami lampu-lampu malam yang cantik memancar ke kawasan tasik, Subhanallah.. sangat cantik! Tidak hairanlah Dr Mawar mahu membuat lawatan ke sana untuk kami mendapatkan idea bagi memulakan penulisan cerpen kami.
Semoga usaha itu berhasil membantu kami merungkai kesulitan ini.. Semoga saya juga turut beroleh ilham yang boleh saya manfaatkan bagi memperbaiki mutu cerpen saya nanti.. :)
MURABBI SEJATI..
Thursday, 6 December 2012
SETIAP KALI..
Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah
Oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan durjana
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan durjana
yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
Panas yang tidak berpanjangan...
Aku sudah hampir tiba ke noktah yang terakhir
dalam penghasilan cerpenku. Segala puji dan puja aku panjatkan kepada Ar-
Rahman kerana memberikan aku ilham yang tidak putus- putus. Aku mengambil
inisiatif untuk membaca semula hasil penulisanku. Belum sempat aku hendak
bersorak di atas kejayaanku kerana berjaya menyiapkan cerpen eksperimentalku
ini, aku berjaya mengenal pasti bahawa terdapat kejanggalan ayat di dalam
pengolahanku. Kejanggalan yang bisa merosakkan mesej yang cuba
aku sampaikan kepada para penggemar karya penulisan. Kegembiraanku serta- merta
dipagut pilu. Ilahi Ya Rabbi... beratnya ujian yang Kau berikan padaku. Dengan perlahan,
dengan linangan air mata yang cuba kutahan, berdikit- dikit aku memadam hasil
penulisanku. Aku percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi kepadaku. Aku serahkan
segala urusanku kepada Dia Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Aku percaya
hasil karya aku selepas ini akan lebih baik berbanding hari ini... Berikanlah aku kekuatan untuk bermula semula Ya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)









