Astagfirullah.. jam menunjukkan angka 2.00pagi. Saya terjaga dari lena kerana diganggu bayangan mimpi, bayangan yang saya sendiri tidak dapat mentafsir maksudnya. Orang kata mimpi itu hanyalah mainan tidur tetapi jika saya telah bermimpikan perkara yang sama sebanyak tiga kali, wajarkah ia dianggap sebagai mimpi lagi? Pasti tidak bukan.. Dalam mimpi itu, saya bertemu dengan satu bayangan tubuh manusia. Namun bayangan itu di sebalik kain putih. Mngapa kain putih? Siapakah di sebalik kain itu? Dari susuk tubuhnya, jelas kelihatan fizikal lelaki disitu.
Saya gelisah apabila memikirkan persoalan-persoalan ini. Apa maksud di sebalik mimpi ini? Petanda apakah yang cuba disampaikan kepada saya? Mungkinkah ini bayangan tokoh yang saya cari untuk dijadikan watak dalam cerpen eksperimental saya nanti? Mungkinkah tokoh saya nanti seorang lelaki? Soalan-soalan ini kian menyesakkan benak saya.

tahniah..semoga mimpi itu merupakan petunjuk kepada saudari untuk menghasilkan karya- karya yang bermutu tinggi.. =)
ReplyDeleteya, diharapkan begitulah saudara..
ReplyDeletesemoga pencarian saya bakal berakhir. :)