Sunday, 2 December 2012

Di tepian persimpangan ini, sejenak saya terhenti. Terhenti lagi dari pencarian. Terbayang semula pengembaraan ini yang kian menghampiri waktu-waktu terakhirnya.. Oh Tuhan! KELIRU.. Hanya itulah yang boleh saya perkatakan saat ini. 'DIA' yang saya cari belum jua berjaya ditemui sedangkan waktu kian singkat. Saban hari saya mencari tokoh ini. Rasa resah, gelisah, tertanya-tanya,  semuanya teradun menjadi satu ramuan keliru yang kian mengusutkan kepala, sehingga terbawa-bawa ke dalam lena saya. Membuatkan lena saya sering terjaga di lewat larut malam.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini ya Allah.. Berilah aku ilham petunjuk yang sempurna dalam pencarianku ini Ya Allah.. Sesungguhnya Kaulah yang maha mengetahui akan segala sesuatu..

2 comments:

  1. bertenang saudari..
    usah merasa terbeban..anggaplah ini satu ujian..
    kerana manisnya kemenangan itu akan terasa saat karya saudari berjaya dihasilkan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas keperihatinan saudara.
      saya juga turut berharap seperti demikian.
      semoga kita sama-sama beroleh jawapan akan segala kekusutan ini. Insya Allah.. :)

      Delete