Saban hari ku mencarimu..Bahkan semalaman aku mengenangmu..Memikirkan maksud di sebalik mimpi-mimpi yang datang bertandang itu. ah..sesungguhnya ia membuatkanku berasa marah,resah,gelisah,semuanya menjadi satu menjadi ramuan keliru yang maha hebat dalam diri ini.Siapa susuk tubuh lelaki dalam mimpiku itu? Mengapa dia berselindung di sebalik kain putih itu? Mengapa hadirnya seperti ingin mengajakku pergi bersamanya? Apa yang cuba ditunjukkan olehnya padaku? Kecelaruan ini bercampur gaul dengan persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku, siapakah tokoh yang boleh aku ambil sebagai watak cerpenku nanti? Siapakah ''DIA''?? Tetapi naluri ku kuat mengatakan bahawa susuk tubuh di balik kain putih itulah tokoh bagi cerpenku nanti...

No comments:
Post a Comment