Lumrah manusia memang di jadikan untuk menyukai dan menginginkan sesuatu yang cantik. Tidak kiralah dalam apa bentuk nikmat sekalipun, pasti mereka inginkan yang cantik-cantik dan indah-indah. Melihat sahaja sesuatu yang cantik, dengan spontan pasti terpegun dengan ciptaan Illahi. Masya Allah, sedang tangan saya bertinta menaip setiap butir-butir bicara dari hati, tetapi otak saya, akal saya sentiasa fikirkan perkara-perkara indah yang diciptakan Tuhan.. Allah, aku tersenyum sendirian. Indahnya ciptaanMu Tuhan..
Sedang saya tersenyum sendirian itu, otak saya ligat teringat akan gambar yang telah saya lihat tadi, Masya Allah, Subhanallah, cantiknya.. Tidak terungkap dengan kata-kata. Indahnya Ciptaan Allah, Hati yang gusar boleh jadi tenang. Apabila kita lihat pada keindahan Alam, maka kita akan ingat pada ALLAH S.W.T kan? Sekaligus bibir ini automatik akan segera memujiNya. Alhamdulillah.. Sebenarnya saya baharu melihat gambar-gambar Masjid Putrajaya dan kawasan sekitarnya sebentar tadi. Sangat indah panorama di sana. Lebih-lebih lagi pemandangan pada waktu malam. Melihat masjidnya yang indah, tasik yang tenang, senibina bangunan sekitarnya yang berseni, kawasan yang bersih disirami lampu-lampu malam yang cantik memancar ke kawasan tasik, Subhanallah.. sangat cantik! Tidak hairanlah Dr Mawar mahu membuat lawatan ke sana untuk kami mendapatkan idea bagi memulakan penulisan cerpen kami.
Semoga usaha itu berhasil membantu kami merungkai kesulitan ini.. Semoga saya juga turut beroleh ilham yang boleh saya manfaatkan bagi memperbaiki mutu cerpen saya nanti.. :)


No comments:
Post a Comment