Alhamdulillah.. di pagi yang indah ini Allah masih memberi kesempatan untuk saya bernafas lagi di muka buminya. Mendengar kicauan beburung di luar bilik, melihat titis-titis embun yang kian menipis, tambah mendamaikan hati saya. Terdetik di hati kecil saya, alangkah inndahnya alam ciptaan tuhan ini, subhanallah.. Dan pagi ini, sebaik sahaja saya membuka kelopak mata, saya berasa lega..bagaikan satu beban berat telah terlepas. Mengapa begitu? Kerana saya telah menemui tokoh itu! Ya..saya telah menemuinya. 'DIA' yang banyak memberikan inspirasi dan ilham pada saya. 'DIA' lah tokoh yang sangat mengesankan saya untuk menulis tentangnya. Saya yakin, dialah tokoh yang saya cari untuk cerpen kursus Penulisan Kreatif di bawah kendalian dr. Mawar Shafei. Alhamdulillah.. pencarian saya sudah pun berakhir kini, kini masa untuk memikirkan plot cerpen pula ya.. :)

No comments:
Post a Comment