Bismillahirrahmanirrahim.. Sekali lagi kalam ini membuka bicara. di dalam kesyahduan malam bertemankan sepi yang mula bertandang, di kala manusiawi mulai digamit mimpi-mimpi, diri ini terus keseorangan..dan terus keseorangan.. Aduh, alangkah tenangnya jiwa ini. Hanya deruan kipas di siling yang mengisi suasana sambil sesekali telinga ini turut menikmati alunan dari tetuang udara milik teman sebilik yang mengalunkan lagu-lagu irama nasyid, ahh.. sangat mendamaikan. Saya berkhayal dan terus berkhayal.
Ketika itulah ingatan mulai memutar benak saya, mencari sesuatu yang harus saya temui dalam diri. Perjalanan baru saja bermula, perjalanan seribu batu yang harus dimulai dengan satu langkah.. namun akan berjayakah saya? Terbayang semula tinta dr Mawar Shafei, pensyarah kursus Penulisan Kreatif yang ku ambil semester ini berhubung tuntutan untuk memenuhi kursus ini.. akan berjayakah saya untuk mencari 'DIA'?? 'DIA' yang mempengaruhi hidup saya selama ini, 'DIA' yang telah menyentuh jalanan hidup saya tanpa bawah sedarnya? Ya, saya harus berusaha mencarinya. Harus mencarinya..

entry post yang menarik.
ReplyDeleteteruskan bereksperimentasi dalam penggunaan bahasa anda ye... :)
assalamualaikum.. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya. Komen positif anda sangat saya hargai.. terima kasih saudara.! :)
ReplyDeleteEra
ReplyDeletesemakin baik susunan bahasanya.
tapi 'header' masih boleh diMelayukan!
ayuh!
semoga anda bertemu dengan 'DIA' yang anda cari...;)
Deleteterima kasih Aimi Wahida..
Deletebegitu juga dengan anda, selamat memulakan pengembaraan, selamat berimaginasi untuk memulakan pembikinan cerpen anda. :)