Ketika mendapat tugasan dari dr Mawar berhubung tentang blog yang seharusnya kami wujudkan sebagai memenuhi tuntutan kursus Penulisan Kreatif, saya berasa girang sekali. Hal ini kerana saya akan berhadapan dengan suatu ilmu baru. wah, dapat membina blog sendiri! Pasti seronok, berdetik hati saya. Setelah 'rumah baru' ini tercipta, senang sekali rasanya jika saya memulakan catatan pertama saya ini dengan surah Tuhan yang kebiasaannya saya gunakan sebelum memulakan sebarang pekerjaan. Sesungguhnya ia merupakan doa yang sangat lengkap dan mempunyai 1001 makna yang sangat besar kepada kita.
Semoga blog yang saya bakal gunakan sebagai medan penulisan dalam mencoretkan pemikiran ini nanti dapat memberi manfaat kepada insan lain di luar sana. Insya Allah..

SubhanAllah.. Sesungguhnya dengan bantuaaNYA, kita mampu untuk melakukan perkara yang tidak pernah kita fikirkan bahawa kita mampu mengharunginya..
ReplyDeleteSemoga perjalanan penulisan anda berjalan dengan lancar hendakNYA.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu sahabat.. Amin..
terima kasih atas komen yang positif ini. insya allah dengan izinNya dapat saya meneruskan pengembaraan penulisan ini dengan jayanya. Sama-sama lah kita dalam berkongsi ilmu ya.. =)
ReplyDelete